Soalan biasa sebelum mendapatkan quotation.
Jawapan ringkas supaya anda lebih selesa sebelum berbincang dengan Baya.
Boleh minta quotation dahulu?
Ya. Sebut harga boleh diminta terlebih dahulu tanpa kewajipan untuk terus menyertai pelan.
Medical card sama untuk semua orang?
Tidak semestinya. Manfaat, had, deductible, co-takaful, pengecualian, underwriting dan caruman bergantung pada pelan serta keadaan pemohon.
Apa beza hibah dan medical card?
Secara umum, medical card berkaitan kos rawatan yang dilindungi, manakala perlindungan keluarga/hibah takaful membantu menyediakan manfaat kewangan kepada penerima yang layak apabila berlaku peristiwa yang dilindungi. Terma sebenar bergantung kepada produk.
Produk keluarga dan medical Baya daripada operator mana?
Perbincangan utama Baya untuk perlindungan keluarga, medical, hibah dan penyakit kritikal adalah berkaitan pilihan Great Eastern Takaful, tertakluk kepada produk dan terma semasa.
Ada bantuan motor takaful dan roadtax?
Ya. Bantuan motor takaful dan roadtax tersedia melalui saluran motor yang berkaitan, termasuk Etiqa di mana berkenaan, tertakluk kepada terma operator.
Kalau saya malas WhatsApp dulu?
Isi sahaja borang Free Quotation / Minta Baya Hubungi Saya di halaman utama. Pilih sama ada anda mahu dihubungi melalui WhatsApp atau panggilan.